Atlet boling padang negara, Siti Zalina Ahmad, berkemungkinan bermain dalam acara berpasangan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebagai strategi untuk menggondol pingat emas.
Dalam Sukan SEA 1999 di Brunei, Siti Zalina, meraih emas menerusi acara perseorangan wanita.
Namun, empat edisi selepas itu, dia gagal untuk mengulangi kejayaan di pentas final, tambahan pula acara boling padang tidak selalu disenaraikan negara yang menjadi penganjur dengan kali terakhir dilangsungkan adalah di Korat, Thailand, pada 2007.
Menanti hampir 18 tahun selepas itu, Siti Zalina berasakan satu perubahan perlu dilakukan andai dia mahu kembali dikalungkan emas di pentas Asia Tenggara.
"Kali ini, kami mempunyai perubahan strategi.
"Sebelum ini, saya sering beraksi dalam acara perseorangan dan edisi pada kali ini mungkin ada perubahan.
"Saya terima percaturan jurulatih dan saya mampu membantu Malaysia mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.
Ketua jurulatih, Simon Botha, mengakui kombinasi pemain pada tahun ini adalah himpunan pemain terbaik berdasarkan penilaian yang dilakukan ketika jelajah Afrika Selatan dan Australia, sebelum ini.
Justeru, sasaran empat pingat emas oleh Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) dianggap berasas.
Kejohanan Pra-Sukan SEA pada 22 Julai depan akan dijadikan medan menguji kemampuan pemain sebagai persediaan akhir menuju ke Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos depan.
"Biarpun agak lambat dapat menguji dan berlatih di venue pertandingan Sukan SEA, ia tidak menjejaskan kami.
"Saya tetap yakin bahawa kami sudah bersedia," kata Botha.