Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mahu spekulasi mengenai penyertaan negara lain dalam acara keirin dalam Sukan SEA Kuala Lumpur dari 19 hingga 30 Ogos depan tidak berterusan sungguhpun wujud kebimbangan ia mungkin tidak diadakan.
Tidak dinafikan, Malaysia merupakan antara pilihan utama dalam acara berbasikal trek dengan keirin merupakan salah satu peluang memburu pingat emas.
Apatah lagi, dengan penyertaan juara dunia, Azizulhasni Awang, yang pastinya menjadi tumpuan.
Sebelum ini, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak menolak kemungkinan beberapa negara secara sengaja tidak mahu menghantar pelumba bagi acara keirin dan juga 200 meter pecut bagi menghalang penguasaan Malaysia.
Jika kurang daripada empat negara menyertai acara berkenaan, secara automatik acara itu akan digugurkan daripada dipertandingkan.
Malah, ketiadaan acara trek dalam pertandingan pra-Sukan SEA turut menimbulkan persoalan.
"Kita tidak bolehlah bersikap begitu.
"Kita berharap negara-negara lain telah dimaklumkan mengenai acara dan tahu Malaysia mempunyai juara dunia dalam berbasikal trek.
"Saya harap bahawa semangat setiakawan itu kekal dan terus memberi komitmen terhadap acara sukan seperti yang dijanjikan," katanya.
Untuk rekod, sebanyak 13 emas akan dipertandingkan dalam sukan berbasikal yang merangkumi trek, lebuh raya dan juga BMX.
Malaysia menaruh impian tinggi dengan sasaran emas dalam kesemua 13 acara yang dipertandingkan.