Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Azizulhasni belum pasti acara disertai

240517-azizul-hasni.jpg
Juara dunia keirin 2017, Azizulhasni Awang, masih belum membuat keputusan mengenai acara yang bakal disertainya menjelang Sukan SEA yang bakal berlangsung  Ogos nanti.

Dalam masa sama, Azizul yang dikenali dengan gelaran 'Pocket Rocketman' juga menegaskan dia tidak memandang mudah cabaran yang bakal dihadapi dalam temasya berkenaan.

"Sudah tentu saya tetap akan menghormati semua lawan dan sentiasa yakin setiap kali turun beraksi," katanya.

Azizulhasni dinobatkan sebagai juara dunia dalam acara keirin ketika Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, April lalu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video