Masih ada peluang untuk barisan atlet berjuang bagi melepasi had kelayakan ke Sukan SEA selepas tarikh akhir mendaftar nama pada 30 Jun 2017.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, berkata tarikh akhir bagi menyerahkan senarai akhir atlet bagi setiap persatuan sukan kepada MOM adalah pada pertengahan Jun sementara tarikh tutup bagi pendaftaran nama adalah pada 30 Jun.
Ini bermakna dalam tempoh yang tinggal, masih ada masa buat mana-mana atlet yang mahu menempah slot kelayakan ke Sukan SEA sebelum penghujung Jun depan.
Sudah pasti ia membuka peluang buat atlet pelapis negara tatkala MOM sendiri berpendapat Sukan SEA adalah platform terbaik untuk atlet muda negara menonjol.
"Sekurang-kurangnya mereka mencapai tempat kedua untuk memenuhi syarat melayakkan diri ke Sukan SEA.
"Seperti sebelum ini, kami di MOM sentiasa memberi peluang kepada atlet remaja," kata Beng Choo.
Belum ada sebarang kata putus daripada MOM mengenai jumlah atlet yang bakal mengambil bahagian, namun Beng Choo menganggarkan lebih 800 atlet negara yang bakal terlibat.
"Kami menganggarkan lebih 800 atlet yang akan terlibat. Jadi, kami perlukan masa untuk mendapatkan semua maklumat mengenai mereka kerana kami perlukan nama dan acara yang akan diambil bahagian," tambahnya.