Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Atlet negara bertemu pemenang emas 2001

030517marinachin.jpg
Chef-de-mission (CDM) kontinjen negara ke Sukan SEA, Datuk Marina Chin, menganggap pengalaman pemenang pingat emas 2001 sebagai tunjang motivasi dalam persiapan fasa akhir kontinjen Malaysia.

Atlet yang menyumbang kepada kejayaan negara dalam temasya itu dipanggil untuk memberi semangat kepada kontinjen negara.

Mereka dijangka berkumpul bagi perhimpunan fasa akhir pada Ogos ini sebelum misi Kita Juara membuka tirai 16 Ogos ini.

Marina berkata kepakaran serta pengalaman jaguh 2001 berharga memandangkan mereka tahu apa yang diperlukan untuk menang di hadapan penyokong sendiri.

"Kami baru sahaja memulakan fasa ketiga, persiapan terakhir daripada sudut teknikal dan taktikal setiap sukan. 

"Pada Ogos nanti, kami akan mengadakan satu perhimpunan atlet yang terakhir sebagai pecutan -- bertemu dengan bekas pemenang pingat emas dalam Sukan SEA 2001," katanya.

Persiapan kontinjen negara kini berada pada fasa ketiga dengan membabitkan kira-kira 1,000 atlet daripada kelompok elit dan pelapis.

Bagaimanapun, 200 atlet akan digugurkan sebelum senarai akhir Kita Juara diumumkan pada Julai.

"Perancangan Malaysia adalah memberikan peluang kepada atlet muda untuk beraksi. Kami mungkin memberikan peluang kepada mereka untuk bersaing dalam Sukan SEA nanti," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video