Selepas membuktikan diri dengan pencapaian dalam Kejohanan Karate Remaja Asia, jurulatih skuad karate negara, Ali Reza Souleymani, sudah memulakan perancangan bagi menghadapi Sukan SEA Ke-30, November depan.
Tiba lima bulan lalu bagi memulihkan prestasi buruk kem karate negara, Ali Reza sudahpun mengenal pasti negara yang mampu menghalang skuad negara meraih kejayaan dalam Sukan SEA Manila.
"Vietnam dan Thailand telah meningkatkan mutu persembahan sementara memiliki kelebihan daripada segi fizikal," katanya.
Bagaimanapun, jurulatih berusia 61 tahun itu optimis atlet remaja masih boleh bertambah baik jika berlatih lebih di bawah bimbingannya.
"Atlet muda negara memiliki potensi untuk meningkatkan lagi tahap prestasi, cuma kekurangan masa berlatih di bawah bimbingan saya. Saya berharap jika mereka dapat meneruskan latihan selama enam bulan sebelum Sukan SEA, keputusan positif mampu diraih."
Terdahulu, sentuhan jurulatih dari Iran itu terbukti membawa kebaikan setelah atlet remaja negara berjaya merangkul tiga pingat emas dalam Kejohanan Asia di Kompleks Sukan Likas bulan lepas.
Sebagai rekod, Ali Reza pernah membimbing skuad negara dari 1998 sehingga 2003 dengan membawa Malaysia memenangi pingat dalam Kejohanan Dunia 2002.