Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Ali Reza damba atlet karate sepenuh masa

karate.jpg
Jurulatih skuad karate negara, Ali Reza Souleymani, sedang mencari bakat baru sepenuh masa untuk mempersiapkan pasukan mantap dalam menghadapi Sukan SEA Ke-30 di Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan. 

Ali Reza, yang sudah memulakan perancangan serta persediaan untuk menghadapi temasya dwitahunan itu, melahirkan rasa bimbang dengan aksi kurang konsisten beberapa atlet sedia ada.

Justeru, dalam tempoh singkat sebelum temasya hujung tahun ini bermula, jurulatih itu terdesak untuk mencari bakat baru yang berwibawa.

"Saya sedang mengenal pasti atlet yang boleh berlatih secara sepenuh masa.

"Kami mula memperincikan beberapa kriteria yang diperlukan daripada atlet untuk memulakan satu program yang serius," ujarnya.

Selain itu, Ali Reza juga juga mencari atlet yang mempunyai fizikal yang tinggi supaya dapat menyaingi atlet handalan dari Vietnam dan Thailand.

"Jika saya berjaya mendapatkan calon negara seperti atlet Thailand, saya pasti akan lebih gembira demi masa depan. 

"Ini kerana tahap fizikal amat penting dalam kejohanan," tambahnya. 

Terdahulu, Ali Reza membimbing skuad negara meraih tiga pingat emas dalam Kejuaraan Karate Remaja  Asia di Likas, Sabah, bulan lalu untuk memperbaiki pencapaian tanpa sebarang emas tahun lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video