Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Sukan SEA: Akyazlan bakal buat kelainan

akya.jpg
Peninju negara, Khir Akyazlan Azmi, bakal membuat kelainan dalam penampilan kelimanya dalam Sukan SEA apabila mengambil melangkah drastik dengan bertukar daripada kategori light welterweight ke kategori baru, light heavyweight.

Sejak beraksi dalam Sukan SEA Palembang 2011 sehingga Kuala Lumpur 2017, Akyazlan amat selesa dalam kategori bawah 64 kilogram light welterweight dan pernah dua kali merangkul pingat gangsa.

Namun, sejak dua edisi terakhir di Singapura dan Kuala Lumpur, atlet yang berasal dari Kelantan itu pulang dengan tangan kosong sehingga mencetus inspirasi untuk bertukar ke kategori yang lebih berat, iaitu bawah 81 kilogram, light heavyweight.

Baginya, kategori itu bakal membuka jalan yang lebih baik untuk dia kembali merangkul pingat di Filipina hujung tahun ini, memandangkan dua tahun lalu, bekas rakan sepasukan, Adli Hafiz Pauzi, berjaya meraih perak dalam kategori sama.

"Saya bertukar kepada kategori ini agar lebih mudah untuk meraih pingat kerana kategori sebelum ini sentiasa menghadirkan persaingan yang sengit," katanya.

Petanda cukup positif untuk Akyazlan meneroka kategori baru itu setelah dia berjaya meraih juara dalam Kejohanan Tinju Terbuka Padang, Indonesia, bulan lalu. 

Kemasukan Akyazlan juga melegakan kem negara setelah sebelum ini R. Indran yang pernah meraih gangsa dalam acara bawah 75kg, middleweight menarik diri pada saat-saat akhir.

"Buat masa ini, saya perlu meningkatkan lagi berat badan serta meningkatkan kepantasan, itu menjadi kunci utama."

Advertisement

Must Watch Video