Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Aksi di laman sendiri suntik kekuatan -- Shahidan

shahidan-160517.jpg
Pelari maraton negara, Mohd Shahidan Alias, menghormati keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang mengumumkan sasaran awal tiga pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 walaupun ia dilihat terlalu mudah untuk dicapai.

Banyak pihak menganggap sasaran itu dilihat mudah direalisasikan selepas Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim, mengumumkan sasaran awal tiga emas dalam temasya dari 19 hingga 30 Ogos depan itu.

Ini memandangkan skuad olahraga telah mempamerkan peningkatan mendadak sejak tahun lalu.

Bagi atlet olahraga, sasaran itu mengurangkan tekanan buat mereka.

"Setiap atlet pasti ada kemampuan untuk merangkul pingat.

"Saya harap kelebihan yang ada di laman sendiri mampu memberi kekuatan kepada setiap atlet untuk melakukannya dalam Sukan SEA," katanya.

Pencapaian terbaik olahraga negara ialah 16 emas dalam Sukan SEA 1997 di Jakarta.

Begitupun, prestasi Malaysia semakin merosot apabila sekadar meraih tiga emas dalam edisi dua tahun lalu.

Sementara itu, Shahidan dilantik sebagai duta My Healthy Run yang akan berlangsung di ibu kota, Sabtu ini.

Advertisement

Must Watch Video