Skip to main content

Hoki

Sukan SEA: Acara hoki dalam dewan perlu diberi tumpuan -- Dharma

dhaarma-hanya-mahukan-gol.png
Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah, sanggup mengambil risiko mengurangkan kekuatan dalam pasukan di bawah kendaliannya bagi membantu skuad hoki dalam dewan untuk Sukan SEA 2017, Ogos ini.

Pembahagian pemain itu diusulkan Dhaarma kepada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi membantu skuad hoki dalam dewan yang ketiadaan pemain, dengan harapan usaha itu mampu membantu Malaysia meraih emas bagi acara itu.

"Kita tahu kita mempunyai peluang untuk memenangi emas kedua (selepas acara luar dewan)," katanya.

"Sama ada kita perlu buat sedikit pengorbanan untuk pasukan dalam dewan kerana Indonesia dan Thailand memang biasa bermain acara itu. Kita di Malaysia lebih fokus kepada luar dewan."

Dalam masa yang sama, risiko yang diambil Dhaarma itu tidak sesekali mengubah sasaran hoki wanita negara dengan memastikan kilauan emas dalam Sukan SEA.

Dengan kredibiliti selaku penyandang emas sejak lima edisi lalu, terlepas emas dalam Sukan SEA tahun ini akan dianggap sebagai satu kegagalan besar buat Dhaarma.

"Dalam acara luar dewan, kalau kita tidak menang emas, itu dianggap sebagai malapetaka. Bukan saya terlampau yakin tetapi realitinya kita memang patut menang emas dengan mudah," tambahnya.

Ketika ini, skuad Dhaarma sedang giat menjalani latihan sebagai persediaan ke Separuh Akhir Liga Dunia di Belgium, bulan depan.

Advertisement

Must Watch Video