Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA 2027: Selepas Sarawak, Pulau Pinang turut berminat jadi penganjur bersama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Selepas Sarawak, Pulau Pinang turut menyatakan minat untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 melibatkan beberapa jenis sukan.

Perkara itu dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dengan perinciannya akan dibuat dalam masa terdekat.

"Negeri Pulau Pinang juga sudah menyatakan hasrat mereka untuk menganjurkan sukan-sukan tertentu," kata Hannah kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Jadi, semua perkara ini akan dibawa ke Parlimen dan kami akan membuat satu keputusan.

"Saya lihat Sukan SEA menarik lebih minat berbanding Sukan Komanwel semasa perbincangan lalu.

"Mungkin kerana semangat kejiranan di rantau ini, syarikat korporat juga agak terbuka dalam perbincangan, di mana mereka mahukan insentif sukan yang lebih baik.

"Semua perkara ini akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan semasa kami membentangkan usul kabinet," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video