Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata negeri itu bersedia untuk menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027 tetapi dengan syarat upacara pembukaannya perlu diadakan di Kuching.
Selain itu, menurutnya, beberapa acara sukan juga perlu diadakan di Sarawak.
Dalam ucapannya sewaktu merasmikan Larian Baton Sukan Malaysia (Sukma) di Kuching hari ini, Abang Johari berkata: "Selepas Sukma ini, kita telah dirisik lagi oleh Kerajaan Persekutuan.
"Seperti yang kita tahu, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2027. Kalau Malaysia menolak, malu juga Malaysia kerana selepas Vietnam, giliran Malaysia menjadi tuan rumah.
"Kerana bajetnya tinggi untuk menjadi tuan rumah, mereka mahu bertunang dengan Sarawak untuk menjadi tuan rumah bersama dengan Kerajaan Persekutuan.
"Tetapi hantarannya perlu betul, iaitu dengan syarat sebahagian daripada acaranya perlu diadakan di Sarawak dan upacara pembukaannya juga di Sarawak dan biarlah upacara penutupnya di Putrajaya," katanya.
Sebagai rekod, Sukma Sarawak akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan.