Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA 2019: Sivasangari sambut baik 'jurulatih muda'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

s-sivasangari.jpg
Pemain skuasy wanita, S. Sivasangari, optimis sentuhan dua bekas pemain negara, Delia Arnold dan Jess Tey, yang akan berkhidmat sebagai jurulatih mampu memperkasakan skuad skuasy kebangsaan.

Selepas bekas pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Nafiizwan Adnan, menolak tawaran menjadi jurulatih, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) mendapatkan khidmat Delia dan Jess bagi membantu ketua jurulatih, Ajaz Azmat.

"Sudah tentu kehadiran mereka satu langkah yang bagus, terutama untuk skuad pelapis. 

"Delia, yang pernah melalui proses peralihan ke skuad senior, boleh menjadi panduan kepada pemain pelapis," katanya.  

Bagi Sivasanggari, pengalaman kedua-dua bekas pemain itu mampu membentuk generasi baru supaya tidak berkubur di pentas dunia dengan legasi Datuk Nicol David.

"Delia boleh membantu pemain dalam memantapkan prestasi kami ketika sesi latihan," katanya lagi. 

Dalam masa sama, Sivasangari percaya dengan calon yang dipilih SRAM akan membawa kejayaan kepada barisan pemain bagi membantu Malaysia meraih pingat emas dalam Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan. 

Skuad skuasy meraih enam pingat emas daripada 12 acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, namun kali ini hanya enam acara yang ditawarkan tuan rumah.

Advertisement

Must Watch Video