Pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Muhamad Zawawi Azman, menganggap Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) membuat keputusan yang adil apabila menetapkan Kejohanan Kebangsaan sebagai medan pemilihan ke Sukan SEA Filipina 2019.
Pemilihan skuad lebuh raya menerusi Kejohanan Kebangsaan pada 29-30 Jun ini akan memudahkan PKBM dan barisan pelumba biarpun pendekatan lalu menyaksikan pemilihan diadakan menerusi pemantauan prestasi sepanjang tahun.
Namun, ia mewujudkan rasa tidak puas hati, terutama pelumba yang lebih menyerlah dalam beberapa siri perlumbaan.
"Ini satu langkah yang adil agar tidak timbul isu pada kemudian hari.
"Kami akan bersama-sama bersaing untuk merebut slot.
"Perlumbaan di Filipina kelak melibatkan laluan berbukit, justeru PKBM pasti akan mengetengahkan laluan yang hampir sama dalam sesi pemilihan untuk membolehkan mereka mengenal pasti pelumba yang tepat," katanya.
Zawawi memiliki peluang cerah untuk membuat penampilan sulung dalam acara lebuh raya Sukan SEA 2019 selepas muncul pelumba terbaik Malaysia dalam Le Tour de Langkawi (LTdL), Mac lalu.
PKBM menyasarkan 15 pelumba untuk berada dalam senarai awal sebelum penilaian akhir jawatankuasa pemilihan badan induk itu.