Atlet wusyu negara, Yeap Wai Kin, mengakui kecewa dengan keputusan penganjur Sukan SEA Filipina 2019 apabila hanya membuka satu acara, iaitu changquan, yang merupakan disiplin tanpa senjata.
Wai Kin merupakan pemegang dua pingat emas dalam edisi 2017 bagi acara jianshu dan qiangshu.
Namun, penganjuran temasya tahun ini menyaksikan hanya satu acara dipertandingkan dan lebih malang, ia bukan acara yang pernah dimenangi Wai Kin, dua tahun lalu.
Hanya changquan yang ditawarkan penganjur, justeru Wai Kin terpaksa bersaing dengan rakan sepasukan, Wong Wen Son.
"Tuan rumah mempunyai strategi tersendiri dalam acara wusyu.
"Kalau saya terpilih, saya harap dapat menyumbang emas," katanya.
Selain Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan, skuad itu akan terbabit dalam Kejohanan Dunia di Shanghai, Oktober depan.
Mereka bakal menjalani ujian pemilihan bulan depan untuk merebut tempat dalam dua kejohanan utama tahun ini.
Wai Kin mengharapkan tuah 2019 memihak kepadanya memandangkan dia masih belum pernah merangkul kejuaraan di peringkat dunia.
"Dalam kempen Kejohanan Dunia tahun lalu, saya meraih dua gangsa dan berharap dapat melakar keputusan yang lebih baik.
"Saya mempunyai keyakinan bahawa prestasi saya semakin meningkat.
"Apapun, saya perlu melepasi peringkat pemilihan bulan depan terlebih dahulu sebelum memikirkan soal saingan," katanya lagi.