Tiada laluan mudah buat juara Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Antarabanga Malaysia 2019, Ahmad Muaz Fisol, dalam usaha memikat hati ketua jurulatih, Holloway Cheah, apabila hanya empat slot ditawarkan untuk ke Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Muaz mencipta kejutan dengan menumbangkan Sam Cooley untuk dinobatkan sebagai juara di laman sendiri kelmarin manakala beberapa pilihan utama negara, termasuk juara dunia perseorangan lelaki, Rafiq Ismail, tersingkir.
Namun, ia masih belum memberi jaminan buat Muaz untuk membarisi skuad kebangsaan ke temasya dwitahunan itu.
Berbanding Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, hanya empat atlet akan tersenarai dalam setiap kategori lelaki dan wanita.
"Sasaran saya adalah untuk menyertai skuad Sukan SEA. Persaingan merebut tempat semakin sengit kerana hanya menawarkan empat tempat berbanding enam sebelum ini.
"Terlalu awal untuk saya nak cakap kedudukan sendiri dalam Sukan SEA memandang masih ada banyak lagi kejohanan pada masa akan datang," kata Muaz.
Sin Li Jane turut dilanda situasi berkenaan selepas meraih tempat ketiga dalam kejohanan itu.
"Ramai pemain bersaing untuk merebut tempat.
"Saya tidak fikir saya berasa selesa dengan kedudukan hari ini kerana ia amat kompetitif.
"Kami akan bersaing sehingga ke saat akhir," kata Li Jane.
Dua tahun lalu, Malaysia meraih tujuh pingat emas di laman sendiri dan kini diletakkan sasaran untuk menyumbang empat emas di Manila.