"Hanya 2kg ataupun sedia berdepan dengan latihan berat."
Itu syarat had maksimum kenaikan berat badan yang dibenarkan ketua jurulatih tinju negara, Azmi Yunus, yang mengingatkan barisan anak buahnya agar tidak lupa menjaga diet di sebalik keterujaan menjamah juadah Hari Raya Aidifitri.
Peringatan itu dibuat memandangkan Azmi tidak mahu masalah berat badan berlebihan menghantui barisan anak buahnya memandangkan dua minggu selepas itu, mereka bakal menyertai Kejohanan Tinju Golden Glove Kebangsaan di Terengganu, 22 Jun ini.
Jika ia berlaku, peninju di bawah kendaliannya mungkin terpaksa menukar kategori untuk bertanding, sekali gus menyukarkan persiapan untuk menghadapi Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Sehubungan itu, had kenaikan yang dibenarkan hanyalah 2kg untuk setiap peninju sejurus pulang daripada cuti berhari raya.
"Peninju akan bercuti panjang sempena hari raya dan kebimbangan kami adalah soal berat badan atlet.
"Kami perlu menyediakan program pemakanan buat mereka," kata Azmi.
Skuad negara kini mempunyai 10 pelatih apabila ditunjangi tiga peninju senior, iaitu Arfiqanie Ahmad Anshori untuk acara 56kg, Khir Akyazlan Azmi (81kg) dan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Mohd Fuad Redzuan (49kg).
"Peninju akan kembali melaporkan diri ke kem kebangsaan pada Isnin atau Selasa ini.
"Kami dan Institut Sukan Negara (ISN) akan timbang berat badan peninju negara dan sesiapa yang melebihi kenaikan sebanyak 3kg, maka kami akan mengadakan tiga sesi latihan, termasuk waktu malam, bagi yang mencecah kenaikan empat atau lima kg.
"Ini kerana mereka akan mengharungi kejohanan di Terengganu, hujung bulan ini.
"Sekiranya kenaikan berat badan mereka melebihi 5kg, peninju itu tidak mampu untuk bertanding," katanya lagi.