Pengendali skuad ragbi 7's wanita negara, Nik Safuan Ismade Nik Man, dalam perancangan untuk membentuk pasukan ampuh menjelang Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Misi membentuk pasukan terbaik dalam temasya dwitahunan itu diteruskan apabila skuad negara bakal diuji dalam Kejohanan Ragbi KRS 7's, 14-15 Julai ini, selain harus mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan jemputan di Hong Kong, September depan.
Nik Safuan gembira dengan prestasi anak buahnya meskipun tewas dalam aksi final menentang pasukan tuan rumah, Blacks Ligthning, 12-7 dalam Kejohanan Kelab Singapura 7's, minggu lalu.
Bagaimanapun, skuad negara kehilangan salah seorang tonggak utama, Wan Zufirah Nasir, atas komitmen pekerjaan.
"Kami masih mencari beberapa pemain lagi dan saya akan memantau pemain berbakat dalam Kejohanan KRS 7's," katanya ketika ditemui di Padang Cobra, Petaling Jaya, pagi tadi.
Sementara itu, 12 pemain akan dipilih dalam senarai akhir 16 pemain keseluruhannya untuk mengibarkan cabaran dalam Sukan SEA 2019.
"Saya mempunyai ramai pilihan pemain, apatah lagi sukan ragbi wanita Malaysia semakin berkembang.
"Jadi, tiada masalah kalau ada pemain yang menarik diri kerana saya akan melihat kepada bakat-bakat yang lain," tambahnya.