Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM), Datuk Muhammad Shahnaz Azmi, melaungkan keyakinan anak buahnya mampu membutirkan satu pingat emas di pentas Sukan SEA Filipina 2019.
Shahnaz menyandarkan harapan kepada atlet muda, Mohd Fazzakie Mohd Zaki, sebagai taruhan terbaik menerusi kategori 57 kilogram.
Fazzakie berjaya mendapat perhatian Shahnaz selepas menewaskan juara bertahan kategori 60 kilogram, Petchatit Toipaedriw, dalam kejohanan Max Muay Thai Ultimate 2019 baru-baru ini.
Skuad muay thai negara sebelum ini merangkul dua pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, namun kedua-dua kategori itu digugurkan daripada senarai acara di Filipina tahun ini.
"Kami menyasarkan satu pingat emas dan empat gangsa dalam Sukan SEA tahun ini. Cuma, untuk pemilihan atlet kali ini, kami mencadangkan 17 atlet kepada MSN dan apabila tiba Jun nanti, mereka akan dikurangkan kepada sembilan atlet mengikut sembilan kategori," katanya.
PMM akan menghantar wakil bagi menyertai kesemua sembilan acara yang dipertandingkan tuan rumah yang merangkumi tujuh kategori lelaki dan dua wanita bagi membantu Malaysia merealisasi impian emas dalam temasya itu.
Sementara itu, Shahnaz memilih Bangkok sebagai destinasi latihan buat skuad negara bagi mempersiapkan diri sebelum ke Filipina, November depan.
"Kami pernah berlatih di Bangkok sebelum ini ketika Sukan SEA 2013 dan 2017. Kami rasa kami akan sekali lagi ke sana untuk berlatih dan mengadakan sesi pertarungan."