Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) memutuskan untuk menghantar skuad negara ke Kejohanan Terbuka Australia sebagai persiapan awal untuk mencapai sasaran enam pingat emas di pentas Sukan SEA Filipina 2019.
Setiausaha Agung PLBM, Zainal Abidin Syed Zain, berkata seramai 20 atlet negara yang mewakili kategori perseorangan, berpasangan, bertiga dan berempat sepasukan bakal membawa cabaran di Gold Coast dari 1 hingga 14 Jun depan.
Ia juga adalah sebagai pendedahan awal bagi mereka menyesuaikan diri untuk beraksi di permukaan padang rumput tatkala latihan mereka di Bukit Kiara hanya mempunyai rumput tiruan.
Sebelum ini, skuad boling padang negara mengharumkan nama negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas berjaya meraih tujuh emas dan satu perak daripada lapan acara yang dipertandingkan.
"Bezanya di sana adalah menggunakan rumput. Kalau baru, ia guna sintetik. Apabila rumput, ia memberi masalah terhadap kelajuan, jadi kami perlu lakukan latihan. Masih ada padang rumput di Malaysia tetapi sudah tidak digunakan lagi," ujarnya.
Sementara itu, Zainal Abidin menjelaskan PLBM sedang menunggu permohonan bagi pelepasan tujuh pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta dua pemain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menjalani latihan sepenuh masa.
"Masalahnya, latihan perlukan masa, namun atlet hanya menerima pelepasan pagi dan selepas waktu pejabat kerana dalam boling padang, konsisten diperlukan. Jika tiada latihan dalam kumpulan, ia akan berikan masalah."