Atlet lompat kijang wanita negara, R. Kirthana, menganggap prestasinya semakin meningkat dan menyasarkan lompatan sejauh 14 meter dalam Kejohanan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) di Napoli, Itali, 3-14 Julai depan.
Atlet kebangsaan itu masih belum berpuas hati dengan lompatan yang dirakamkannya, 13.32m, ketika meraih pingat perak dalam Terbuka Taiwan, Ahad lalu.
Atlet berusia 22 tahun itu, yang memiliki catatan terbaik, 13.48 meter, menyasarkan lompatan sejauh 14 meter di Itali untuk membuktikan prestasi cemerlangnya selain memecahkan rekod kebangsaan, 13.90m, milik Noor Amira Mohd Hanafiah.
Sasaran itu ditetapkan bagi mencerahkan laluannya untuk merebut tempat dalam Sukan SEA Filipina 2019, dari 30 November hingga 11 Disember, berikutan bersaing sengit dengan Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zuki.
"Saya menyasarkan untuk mengatasi catatan terbaik peribadi selain memecahkan rekod kebangsaan.
"Kalau saya dapat melakukannya, maka secara automatiknya saya akan terpilih ke Sukan Sukan 2019," katanya ketika di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Kirthana, yang gagal meraih pingat dalam temasya Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017, bertekad untuk bangkit di Filipina apabila menganggap prestasinya semakin meningkat.
"Sebelum ini, untuk saya mencapai lompatan 13 meter jarang dapat dilakukan tetapi ketika ini, saya sudah dapat mengekalkan lompatan sejauh itu," katanya.