OLAHRAGA
Sukan Paralimpik Paris: Ziyad bersemangat cabar atlet muda, Latif dalam keyakinan tinggi
Jaguh olahraga para negara, Ziyad Zolkefli dan Datuk Abdul Latif Romly, menyifatkan usia bukan penghalang untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.
Kini sasaran utama mereka adalah untuk mencetak nama dalam Sukan Paralimpik Paris bermula 28 Ogos depan.
"Saya mahu membuat penampilan terunggul pada 2024.
Iklan
"Saya bukannya muda lagi dan akan bersaing dengan orang-orang muda.
"Jadi untuk menonjolkkan diri sebagai peserta berusia, saya perlu buat yang terbaik," kata Ziyad yang kini berumur 34 tahun.
Latif dan Ziyad masing-masing akan menerima RM80,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) selepas mengungguli acara lompat jauh T20 dan lontar peluru F2.
"Sekarang fokus kepada latihan perbaik teknik dan kekuatan.
"Saya tidak lagi berasa tertekan, saya berasa lebih yakin sebab sudah buktikan kemampuan dalam Kejohanan Dunia.
"Jadi saya akan buktikannya sekali lagi di Paris," katanya pula.
Must-Watch Video