Skip to main content

Paralimpik

Sukan Paralimpik Paris: MPM sasar 10 pingat, empat emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpm.jpg
10 pingat termasuk empat emas diletakkan sebagai sasaran kontinjen negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula Ogos depan.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Megat D Shahriman Zaharudin, berkata seandainya dapat mencapai pingat dua digit berkenaan, ia akan menjadi sejarah baru buat sukan para negara.

“Jika kami dapat capai 10 pingat nanti, itu hadiah buat PMX (PM-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata Megat Shahriman seperti yang dipetik wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.
 

Advertisement

Must Watch Video