Misi merebut kelayakan tercapai apabila pemanah recurve negara, S. Suresh, meraih slot secara merit ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Suresh melangkah ke final acara recurve individu lelaki selepas cemelang mengatasi wakil Russia 7-3 dalam Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Belanda, semalam.
Pengorbanan jurulatih skuad memanah para negara, Marzuki Zakaria, yang tidak beraya bersama keluarga berbaloi apabila Suresh terpilih dalam kelompok lapan pemanah terbaik yang akan beraksi dalam temasya Paralimpik 2020.
Penglibatan dalam kejohanan itu juga merupakan pelantar terbaik bagi persiapan Suresh dalam menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Tokyo kelak.
"Dia sudah mengesahkan tempat dalam Sukan Paralimpik 2020 dan kejayaan dalam final di Belanda merupakan satu bonus," jelas Marzuki.
Kejayaan itu mengimbau kembali kali terakhir skuad kebangsaan layak secara merit ialah pada 2011.
"Ini catatan terbaik saya dan sememangnya menjadi sasaran saya untuk ke Tokyo," kata Suresh.