Pencapaian S. Suresh meraih slot ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menjadi pembakar semangat kepada atlet elit memanah para negara, Hasihin Sanawi, untuk mengikut jejak langkah juara dunia itu.
Justeru, Hasihin bertekad untuk menyempurnakan misinya itu dalam Kejohanan Memanah Para Asia di Bangkok, November depan, yang turut menawarkan tiket ke temasya itu.
Pemenang pingat perak Sukan Paralimpik London 2012 itu mengakui berasa bangga dengan pencapaian Suresh dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk menempa kejayaan sama.
"Kejayaan Suresh memang sesuatu yang bagus untuk kami kerana sekurang-kurangnya sudah ada seorang wakil ke Sukan Paralimpik dan dengan adanya dia, kami semua lebih bersemangat untuk melakukan perkara sama.
"Jadi, saya memang berharap sangat dapat ke final di Bangkok nanti, sekali gus dapat tiket ke Tokyo.
"Ini peluang keemasan dan saya yakin dapat kecapi kejayaan walaupun agak sukar," katanya.
Setakat ini, skuad memanah para negara hanya menempah satu slot ke Sukan Paralimpik Tokyo melalui Suresh.
Suresh, 25, mengesahkan tempat ke temasya itu selepas menjuarai acara recurve lelaki terbuka dalam Kejohanan Para Dunia di Hertogenbosch, Belanda, awal bulan lalu.
Hasihin, 36, optimis mempunyai peluang cerah untuk meraih slot ke Sukan Paralimpik buat kali ketiga berturut-turut walaupun akan menerima saingan sengit dalam kejohanan di Bangkok itu.
Katanya, jika layak ke Tokyo, dia mahu menebus kekecewaan dalam edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil apabila gagal meraih pingat setelah tersingkir seawal pusingan pertama dalam acara recurve individu lelaki.
"Saya akan lakukan yang terbaik dan membuat persiapan rapi jika layak beraksi di Tokyo.
"Impian saya mahu harumkan nama negara sekali lagi," katanya.
-- BERNAMA