Sukan Para Asia Indonesia diharap mampu menjadi penamat yang manis bagi tahun 2018 selepas kegagalan berada dalam kelompok 10 terbaik Sukan Komanwel dan Sukan Asia tatkala sasaran rasmi akan diumumkan pada Isnin depan.
Harapan itu disuarakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang masih berselindung dengan sasaran sebenar kontinjen para negara di Indonesia.
Apa jua sasaran yang bakal diumumkan secara rasmi pada Isnin depan, beliau hanya mengharapkan barisan atlet para mampu menghadirkan senyuman buat Malaysia untuk sekurang-kurangnya menutup duka di sebalik kegagalan Sukan Komanwel dan Sukan Asia untuk berada dalam kelompok 10 terbaik.
Dalam edisi lalu di Incheon, Malaysia mengutip 15 pingat emas secara keseluruhan, sekali gus meraih kedudukan ketujuh terbaik.
"Saya berasa yakin apabila melihat persediaan yang dilalui. Ia bukan baru tetapi sudah lama dijalankan. Mereka juga sudah berlatih sekian lama dan semangat berkobar-kobar.
"Saya akan ke Indonesia pada 6 Oktober untuk bersama mereka dan kami akan cuba mendapatkan hasil terbaik," katanya.
Syed Saddiq, yang hadir dalam majlis penyerahan sumbangan kepada kontinjen Malaysia hari ini, turut menjanjikan imbuhan serta ganjaran sama rata buat atlet yang berjaya menyumbang pingat di Indonesia bagi memastikan tiada lagi spekulasi layanan berat sebelah dilontar melibatkan atlet para.
"Ia adalah satu polisi yang sangat baik dalam memberikan ganjaran buat atlet-atlet. Kami akan meneruskannya.
"Dalam masa sama, liputan media juga perlu adil. Jangan hanya ketika Sukan Asia," katanya.