Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Para Asia 2018: Emas sulung jadi idaman skuad berbasikal

najib-para-atlet.jpg
Atlet berbasikal trek para negara, Najib Turano, percaya dengan kemampuan skuad negara untuk tampil lebih mencabar dalam saingan Sukan Para Asia Indonesia, bulan hadapan.

Memburu pingat emas sulung Para Asia menjadi misi utama buat skuad berbasikal para negara selepas memperoleh satu perak serta tiga gangsa pada edisi Incheon 2014.

Ketika itu, Najib meraih gangsa bagi acara kejar-mengejar individu 4km c4.

Jelasnya, saingan kali ini pastinya lebih sukar khususnya berdepan pelumba dari China serta Jepun tetapi kekal dengan keyakinan tinggi peluang untuk memenangi pingat tetap ada buat Malaysia.

Berdasarkan persembahan dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Nilai, awal tahun ini, Najib melakar perak bagi acara kejar mengejar individu selain gangsa untuk ujian masa 1km. 

"Saya cuba mendapatkan keputusan yang lebih baik daripada pingat gangsa yang diraih pada edisi lalu dalam acara kejar mengejar individu manakala untuk pecut berpasukan pula, kami mahu sekurang-kurangnya perak," kata Najib. 

Selain saingan trek, Najib juga akan mengambil bahagian untuk acara membabitkan lebuh raya dalam Sukan Para Asia nanti.

Menurutnya lagi, keputusan penganjur, Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Indonesia (INAPGOC) menggunakan Litar Antarabangsa Sentul sebagai lokasi perlumbaan lebuh raya dijangka memberikan kelebihan yang cukup besar buat peserta tuan rumah.

"Trek motorsikal lebih kurang sama dengan lebuh raya. 

"Tetapi, oleh kerana salah seorang atlet mereka merupakan bekas pelumba motorsikal, dia memang sudah biasa dengan litar itu. 

"Begitupun, kami mempunyai tempoh beberapa hari untuk menyesuaikan diri," kata Najib. 

Advertisement

Must Watch Video