Kontinjen negara bagi Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 akan bersandarkan semangat luar biasa ditunjangi Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly yang sah akan beraksi dalam temasya itu selepas mengerah keringat dalam kempen Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Susulan menempah kelayakan secara merit ke Sukan SEA, status Ziyad dan Latif bagi menghadapi kempen Sukan Para ASEAN menjadi tanda tanya.
Chef-de-mission (CDM) Sukan Para ASEAN 2017 negara, Laksamana Pertama (B) Datuk Subramaniam Raman Nair, mengesahkan penyertaan mereka.
Penglibatan Ziyad dan Latif bukan sahaja berupaya mengesahkan pingat emas dalam acara lontar peluru F20 dan lompat jauh T20, malah mereka berperanan sebagai simbol penganjuran temasya kali ini.
"Kehadiran mereka memberikan lonjakan semangat buat atlet-atlet Paralimpik yang lain apabila mereka mampu bersaing dalam kalangan atlet normal dalam kejohanan di peringkat antarabangsa," katanya.
Majlis Paralimpik Malaysia (MPC) turut mengumumkan senarai terkini kontinjen negara meskipun ada pengurangan daripada jumlah 372 atlet dalam kem fasa dua, April lalu.
Bagaimanapun, jumlah itu tetap melebihi kontinjen Thailand selaku juara bertahan dan juga pencabar utama Malaysia bagi perebutan juara keseluruhan.
"Kontinjen adalah seramai 335 orang yang terdiri daripada 253 lelaki dan 82 wanita.
"Sudah tentu akan ada banyak lapisan yang mewakili acara Sukan Para ASEAN 2017 kerana ia merupakan sukan pembangunan.
"Saya harap ia akan menjadi inspirasi buat atlet kita dalam mencapai kegemilangan," kata Timbalan Presiden MPC, John Ng.
Perincian juga akan dilakukan bagi pengesahan 479 acara yang akan dipertandingkan bagi 16 jenis sukan dengan Malaysia akan tampil dengan penglibatan 100 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017, Datuk Seri Zolkples Embong, juga memberi jaminan bahawa Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC) tidak berkompromi dalam memastikan temasya berkenaan berjalan lancar, termasuk kemudahan warga kelainan upaya dan atlet yang bertanding.