Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Para ASEAN: Waspada peningkatan pesaing serantau

datuk-seri-megat-d-shahriman-zaharudin.jpg
Chef-de-Mission (CDM) negara, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, mahu atlet para kebangsaan memulakan latihan sepenuh masa selewat-lewatnya Oktober depan sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Para ASEAN 2020 dari 18 hingga 5 Januari depan. 

Sukan yang melibatkan acara berkumpulan kini dalam pembentukan selain 13 acara lain sudah memulakan latihan di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan.

Buat masa ini, permasalahan dapat ditangani dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) dengan segala permohonan akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum diteruskan. 

Dalam jangkaan, sasaran pingat hanya akan dikeluarkan pada hujung tahun selepas persetujuan bersama persatuan dan jurulatih.   

"Saya mempunyai perancangan tersendiri dan sudah mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada kenalan dan sebagainya. 

"Bahang temasya sudah pun terasa dan saya sudah merisik perkembangan kontinjen lain seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. 

"Saya tahu prestasi mereka sudah berkembang tetapi belum pasti sejauh mana," katanya. 

Sementara itu, Megat Shahriman akan mengetepikan segala pergolakan dalaman yang berlaku dalam Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bagi membawa misi negara ke Manila. 

"Biarlah saya jalankan tugasan sebagai CDM Sukan Para ASEAN 2019 terlebih dahulu. 

"Saya tidak mahu sentuh soal itu ketika ini dan apa yang paling penting adalah misi  berjuang untuk negara dan atlet. 

"Ini satu kebanggaan negara dan saya rasa adalah perlu atlet dan rakyat juga di landasan yang sama," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video