Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Para ASEAN: Penangguhan jejas misi Nur Syaiful

nur-syaiful.jpg
Penangguhan Sukan Para ASEAN Filipina 2020 yang sepatutnya bermula bulan depan memberi kesan kepada perenang para negara, Nur Syaiful Zulkafly, selaku sandaran pingat dalam Sukan Paralimpik Tokyo, Ogos depan.

Nur Syaiful antara atlet yang memerlukan aksi pemanas badan itu bagi melaksanakan tugasnya di Tokyo.

Bagaimanapun, penangguhan kali kedua temasya dwitahunan itu menyaksikan atlet berusia 25 tahun berkenaan terpaksa merombak semula perancangannya.

"Saya mahu melihat prestasi saya (dalam Sukan Para ASEAN).

"Saya mahu menilai catatan masa saya.

"Memang perlu (ke Filipina) kerana saya mahu menilai prestasi sebenar saya," katanya.

Nur Syaiful akan menyertai empat acara di Tokyo, iaitu 100 meter, 200 meter dan 50 meter gaya bebas selain 100 meter kuak dada.

Skuad negara merancang untuk mengadakan latihan di China tetapi terpaksa dibatalkan kerana penularan wabak novel koronavirus

"Jurulatih kami sudah merancang untuk mengadakan latihan selama tiga bulan di China.

"Ia salah satu persiapan untuk ke Tokyo.

"Disebabkan wabak koronavirus, ia terpaksa dibatalkan," tambahnya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found