Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin, dilantik sebagai chef-de-mission (CDM) negara ke Sukan Para Asean Filipina 2020.
Pelantikan Megat Shahriman itu mengetepikan dua lagi calon yang enggan didedahkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Menurut Naib Presiden MPM, Datuk R. Subramaniam, Megat Shahriman menepati ciri-ciri yang dikehendaki selain turut memegang jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan.
"Cara MPM melakukan pemilihan adalah dengan menghantar surat tawaran kepada semua persatuan dan ahli gabungan kami.
"Mereka akan mengajukan nama calon dan kami menerima sebanyak tiga nama.
"Daripada tiga itu, exco (ahli jawatankuasa) MPM telah memutuskan untuk memilih Datuk Seri Megat Shahriman sebagai CDM," katanya
Sementara itu, Megat Shahriman mengakui ia satu tanggungjawab besar, namun bersedia untuk menggalas tugasan itu sebaik mungkin.
"Tugas mana-mana CDM sememangnya berat, cuma saya ada garis panduan daripada mantan CDM Sukan SEA 2017.
"Ini merupakan salah satu pengiktirafan yang tidak akan saya sia-siakan.
"Saya akan menabur bakti sebaik yang boleh untuk memastikan nama negara diharumkan dengan pingat yang banyak," katanya.
Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) akan mengadakan mesyuarat di Manila, 8 Jun ini bagi memutuskan sukan yang akan dipertandingkan di Filipina, Januari depan.