Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik: Peluang pemanah wanita cipta sejarah

memanah-wanita.jpg
Barisan pemanah recurve wanita negara sedang merebut tempat untuk menjadi pemanah wanita ketiga membuat penampilan di pentas Sukan Olimpik apabila Kejohanan Asia di Bangkok, November depan, turut menawarkan slot individu ke temasya Tokyo 2020.

Sejak skuad memanah negara mula konsisten melayakkan diri ke temasya itu, hanya dua pemanah wanita pernah melayakkan diri, iaitu Mon Redee Sut Txi (Athens 2004) dan Nurul Syafiqah Hashim (London 2012).

Barisan pemanah negara kini berpeluang untuk meneruskan legasi itu menerusi kejohanan di Bangkok berkenaan.

"Insya-Allah, saya akan cuba buat yang terbaik untuk dapat slot ke Sukan Olimpik.

"Prestasi saya setakat ini konsisten tetapi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi," kata pemanah negara, Nur Aliya Ghapar.

Berdasarkan situasi itu, ketua jurulatih skuad negara, Lee Jae-hyung, akan mempertaruhkan dua pemanah terbaiknya untuk merebut tiket ke temasya itu.

Malaysia memperoleh satu slot dalam kategori recurve lelaki menerusi pemanah elit, Khairul Anuar Mohamad, yang muncul naib juara Kejohanan Dunia di Belanda, Jun lalu.

"Nak cakap lega memang tak boleh cakap 100 peratus.

"Sebab tahun ini, kita boleh nampak negara-negara lain sudah banyak meningkat.

"Memang nampak sukar sedikit, jadi kami akan melakukan yang terbaik untuk ke Sukan Olimpik," kata seorang lagi pemanah negara, Loke Shin Hui.

Advertisement

Must Watch Video