Perenang negara, Phi Jinq En gagal membuat penampilan ketiganya dalam Sukan Olimpik Paris bula depan susulan beberapa peraturan baru yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Jinq En mencatat masa 1 minit 8 saat menerusi acara 100 meter kuak dada di Singapura, ketinggalan dari catatan 1 minit 6 saat untuk menempah slot ke Paris, selain tidak lagi dibenarkan menggunakan wildcard.

Bagaimanapun, usaha untuk melengkapkan tiga kali penampilan di Olimpik tidak terhenti di situ memandangkan harapannya masih terbuka luas untuk Olimpik 2028 di Los Angeles.

"Saya rasai satu pengalaman agak manis untuk saya melengkapkan penampilan kali ketiga di Olimpik.

"Tetapi untuk kali ini saya sudah tidak dapat menggunakan slot wildcard kerana beberapa peraturan baru yang diperkenalkan.

"Tapi saya tahu yang saya sudah berikan yang terbaik dengan berlatih sehabis baik,' tambahnya lagi.

"Saya rasa hasilnya adalah bukan yang seperti saya mahukan, saya berikan yang terbaik dan saya tidak kecewa.

"Hanya menikmati segala pengalaman yang dilalui dan pastinya ia sangat berat dan banyak tekanan sebab bersaing di peringkat dunia.

"Sebagai orang yang berpengalaman saya hanya boleh nasihatkan untuk gembira dengan apa yang dilakukan , kualiti renang yang terbaik akan muncul bila anda gembira dengan apa yang anda lakukan dan tidak tertekan dengan apa yang dilakukan.