Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni mula kayuhan di Eropah

azizulhasni.jpg
Meskipun membabitkan 14 jam perjalanan ke Eropah, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, enggan menunggu lama untuk kayuhan pertama.

Pelumba kelahiran Terengganu itu termasuk dua lagi rakan senegara, Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Asri, memasuki kem latihan pusat fasa pertama di Eropah untuk sesi latihan dan menyertai kejohanan. 

Mereka akan ke Belgium terlebih dahulu sebelum beralih ke Sepanyol dan United Kingdom (UK) bagi persediaan terakhir berbaki dua bulan Sukan Olimpik Paris 2024 dilangsungkan. 




Menurut Azizulhasni di Instagram: "Untuk fasa pertama ini saya hanya akan berada di destinasi pertama hanya untuk beberapa hari sahaja sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya dan seluruh pasukan lumba basikal Malaysia."

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video