Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik: Pandelela raih slot kelayakan individu

pandelela-rinong.jpg
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, menempah slot kelayakan individu ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas mara ke final acara terjun 10 meter platform individu wanita dalam Kejohanan Dunia FINA di Gwangju, Korea Selatan, hari ini.

Jaguh negara itu menduduki tangga kesembilan daripada keseluruhan 12 penerjun yang layak ke final selepas mengumpul 312.70 mata daripada lima terjunan.

Dua tangga teratas dihuni penerjun China, Chen Yuxi dan Lu Wei, manakala dua penerjun Kanada, Caeli McKay dan Meaghan Benfeito meraih tempat ketiga dan keempat.

Final acara 10 meter platform wanita akan berlangsung esok.

Advertisement

Must Watch Video