Skip to main content

Olimpik

Sukan Olimpik: Azeem atau Shereen? Siapa bakal ke Paris 2024?

robert-ballard.jpg
Teka-teki mengenai siapa di antara dua ikon olahraga masa kini, Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy, yang bakal mengisi slot tunggal negara dalam Sukan Olimpik Paris 2024, masih menjadi tanda tanya.

Berdasarkan situasi semasa, masih ada dua peluang buat Azeem dan Shereen untuk melangkah ke Paris 2024, iaitu dengan layak secara merit menerusi Kejohanan Olahraga Terbuka Kazakshtan di Almaty bermula 23 Jun ini atau menersi slot universal oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Mengikut catatan terbaik yang dilakar Azeem dan Shereen, atlet paling hampir mencapai masa yang ditetapkan untuk ke Paris ialah azeem menerusi catatan 10.09s dalam acara 100 meter.

Bagaimanapun, jika prestasi semasa menjadi ukuran, Shereen memiliki kelebihan apabila masih segar dengan kejayaan memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara kegemarannya, 400 meter, menerusi catatan masa 51.79s.

Azeem perlu melakukan catatan di bawah 10s tatkala Shereen pula perlu mencatat masa di bawah 50.95s saat untuk layak ke Paris

Andai senario sama kekal di Kazakhstan, di mana Azeem dan Shereen tidak melepasi had kelayakan, syarat slot universal hanya membenarkan atlet menyertai acara 100 meter, 800 meter atau marathon.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Pengarah Teknikal KOM, Robert Ballard, berkata: "Apa yang kami mahu lihat sekarang, bukan sekadar seorang atlet kita layak (ke Sukan Olimpik) tetapi dua orang.

"Mereka sudah terlalu hampir untuk melakukannya dan jika ia akan berakhir dengan pemilihan, ia akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan KOM untuk menentukannya.

"Memandangkan slot itu hanya memperuntukkan acara 100 meter dan 800 meter, kedua-dua mereka tidak boleh bersaing dalam acara 800 meter jadi mereka perlu menyertai acara 100 meter," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video