JDT 4 PENANG 1
(JDT mara dengan agregat 11-3)
Johor Darul Ta'zim (JDT) melangkah gagah ke separuh akhir Piala FA 2026/27 dengan agregat 11-3 apabila menjadikan Penang mangsa seterusnya dalam tempoh 24 jam di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Anak buah Xisco Munoz itu menang 4-1 ke atas seteru dari utara tersebut menerusi jaringan pembukaan pemain naturalisasi Bergson da Silva disusuli gol Nacho Mendez, sebelum Shahab Zahedi yang diturunkan dalam kemenangan Piala Shopee bertemu kelab Kemboja, PKR Svay Rieng, malam tadi turut mencatat nama selaku penjaring ketika menutup separuh pertama dengan 3-0.
Seorang lagi pemain naturalisasi negara, Manuel Hidalgo, menokok satu lagi jaringan dalam babak kedua buat juara lima kali berturut-turut itu tatkala pintu ke separuh akhir sudah terbentang luas.