Penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, mengakui berasa sebak dan tidak mampu menahan air mata selepas meraih slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Slot berkenaan diperoleh selepas atlet berusia 26 tahun itu melayakkan diri ke pusingan akhir acara 3 meter papan anjal individu wanita dalam Kejohanan Terjun Dunia FINA Ke-18 di Gwangju, Korea Selatan, hari ini.
Kejayaannya itu juga menandakan dia akan beraksi dalam Sukan Olimpik buat kali ketiga selepas menyertainya pada 2012 di London dan 2016 di Rio de Janeiro.
"Selepas melihat keputusan, saya terasa sebak dan menangis kerana tidak sangka mampu meraih slot ke Sukan Olimpik setelah menghadapi pelbagai cabaran, termasuk menjalani pembedahan bahu pada November selepas Sukan Asia 2018.
"Sangat sukar untuk kembali mendapat rentak terjunan dan masih banyak perlu diperbaiki.
"Kejayaan ini terus memberi motivasi kepada saya untuk berlatih lebih keras bagi mempersiapkan diri untuk berada dalam prestasi terbaik dalam Sukan Olimpik Tokyo kelak," katanya ketika dihubungi.
Cabaran Wendy berakhir di kedudukan ke-10 dengan kutipan 288.60 mata dalam saingan separuh akhir untuk ke pusingan seterusnya yang menyaksikan hanya 12 daripada 18 penerjun terbaik layak ke final.
Katanya, pengalaman kali ketiga beraksi dalam Sukan Olimpik sememangnya sesuatu yang indah dan sudah pasti sangat bermakna buatnya serta skuad terjun kebangsaan.
Selain Wendy, Malaysia turut meraih dua lagi slot ke Sukan Olimpik Tokyo apabila terdahulu, gandingan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee, meraih tiket pertama ke Sukan Olimpik menerusi acara 10m platform seirama wanita.
Pandelela turut menempah tiket ke Sukan Olimpik melalui acara 10m platform individu.
-- BERNAMA