Jurulatih skuad terjun negara, Li Rui, akan membawa tiga penerjun terbaik berlatih di China bermula esok dengan misi serampang dua mata menjelang Kejohanan Piala Asia di Kuala Lumpur bulan depan yang turut menawarkan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee, yang mendapat tiket ke Sukan Olimpik Tokyo dalam acara 10 meter platform seirama wanita, akan mengetuai program latihan khas di China itu.
Selain itu, Ooi Tze Liang, yang memburu tiket ke temasya itu menerusi acara 3 meter papan anjal individu, turut dibawa.
Mereka akan berlatih selama tiga minggu di sana sebelum mencabar Piala Asia bagi merebut tiket dalam acara individu.
"Pandelela dan Mun Yee perlu meningkatkan persefahaman untuk menewaskan pasangan Korea Utara, yang tidak menyertai Kejohanan Dunia lalu.
"Ini peluang terbaik untuk melihat peluang mereka meraih pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo.
"Ooi Tze Liang pula perlu meningkatkan darjah kesukaran terjunannya untuk layak ke Tokyo," katanya.
Hanya pemenang pingat emas acara individu Piala Asia akan layak ke Tokyo.
Selain Pandelela dan Mun Yee, seorang lagi penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, turut mengesahkan tempat ke temasya itu.
"Kerana (latihan) kali ini tidak terlalu panjang, hanya tiga minggu.
"Persediaannya hanya tiga minggu.
"Setiap orang ada misi tersendiri.
"Pandelela perlu meningkatkan darjah kesukaran.
"Saya pula perlu sempurnakan gerakan seirama," kata Mun Yee.