Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik 2020: Kemelut MAKAF boleh gugat kelayakan atlet negara

shahruddin-jamaluddin-karate-do.jpg
Bekas jaguh negara, Shahruddin Jamaluddin, bimbang tindakan 12 ahli gabungan yang melancarkan undi tidak percaya terhadap pegawai Persekutuan Karate-Do Malaysia (MAKAF) akan menjejaskan peluang atlet kebangsaan untuk menyertai kejohanan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Gelora yang melanda MAKAF boleh menyebabkan badan induk itu digantung oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) jika gagal diselesaikan dengan baik.

Ia pernah melanda Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) pada 2008 sebelum dibubar dan digantikan Taekwondo Malaysia (TM).

Mujur, tindakan pantas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika itu membantu atlet kyorugi selain Elaine Teo dan Chee Chew Chan layak ke Sukan Olimpik Beijing 2008.

Kebimbangan itu diluahkan bekas pemenang pingat emas Sukan SEA, Shaharuddin, berikutan Sukan Olimpik Tokyo berbaki 14 bulan saja lagi.

"Kalau lebih mementingkan soal pemilihan (jawatan dalam MAKAF) dan mengabaikan persiapan atlet untuk menghadapi Sukan SEA dan memungut mata kelayakan Sukan Olimpik, saya harap ia tidak terjadi.

"Persatuan yang bertanggungjawab agar buat yang terbaik dan bukan menjadi penghalang kepada atlet," katanya.

12 ahli gabungan MAKAF akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Ipoh, Perak, 9 Jun depan bagi melancarkan undi tidak percaya untuk menetapkan tarikh baru mesyuarat agung dwitahunan bagi memilih ahli majlis tertinggi MAKAF.

MAKAF yang diterajui presiden, Tan Sri Mohamad Ali Rustam, merancang mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif bagi membincangkan isu itu di Melaka, 24 Mei ini.

Advertisement

Must Watch Video