Atlet angkat berat negara, Aznil Bidin, mahu memanfaatkan kem latihan selama dua bulan di Rompin, Pahang untuk memperbaiki angkatannya dalam memburu kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Jaguh negara itu berdepan tekanan tinggi apabila gagal mencapai sasaran untuk meraih pingat dalam Kejohanan Asia di Ningbo, China, April lalu, dan Kejohanan Angkat Berat Negara-Negara Komanwel di Kepulauan Samoa awal bulan ini.
Atlet berusia 25 tahun itu hanya mempunyai dua baki saingan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik, iaitu Kejohanan Dunia di Pattaya bulan depan dan Sukan SEA Filipina, November depan.
Aznil tidak mahu mengulangi kesilapan dalam dua kejohanan terdahulu di mana dia hanya mencatat angkatan 153 kilogram dalam acara clean and jerk di Ningbo dan 120 kilogram dalam acara snatch di Kepulauan Samoa.
"Saya perlu meningkatkan tumpuan dalam latihan.
"Sebelum Kejohanan Dunia, kami akan ke Rompin untuk menyertai kem latihan di sana.
"Saya mungkin lebih fokus kerana tiada gangguan di sana.
"Selepas apa yang jadi di China dan Samoa, saya masih ada dua pertandingan.
"Saya kena berusaha lebih lagi untuk mendapatkan ranking yang lebih tinggi," katanya.
Dalam pada itu, Aznil mengakui tertekan apabila diletakkan sebagai harapan tunggal negara untuk melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu.
"Ramai atlet terbaik dunia akan turun dalam Kejohanan Dunia kerana ia menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik.
"Macam manapun, saya kena berusaha jugalah untuk mendapatkan mata," tambahnya.