Ratu pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, masih menaruh harapan untuk membuat penampilan pertamanya dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018 biarpun catatan masanya dalam acara 100 meter tidak melepasi kelayakan ditetapkan.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan had kelayakan bagi atlet olahraga negara ke temasya itu adalah menyamai atau melepasi catatan kedudukan tempat keenam Sukan Komanwel edisi lalu selain pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Namun, Zaidatul sekadar meraih perak dalam acara 100m Sukan SEA manakala catatan terbaik peribadinya hanyalah 11.45 saat, jauh daripada catatan 11.31 saat yang diperlukan untuk layak ke temasya itu April depan.
"Tempat saya dalam Sukan Komanwel belum lagi terjamin dan untuk itu, saya hanya fokus kepada latihan sambil menunggu kata putus.
"Dapat atau tidak, saya tetap akan bekerja keras dalam latihan," kata atlet kelahiran Kedah itu.
Setakat ini, Zaidatul sudahpun dinamakan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam senarai cadangan atlet ke Sukan Komanwel, namun kata putus hanya boleh ditentukan oleh MOM atas dasar budi bicara.
Bagaimanapun, Zaidatul masih mempunyai peluang untuk memperbaiki catatan peribadinya bagi menempah slot automatik apabila bakal menyertai Kejohanan Olahraga Pra-Sukan Sukan Asia, bulan depan.
"Saya tidak berasa kesal sebab saya menganggap rezeki ada di mana-mana. Kalau dapat beraksi, saya akan berikan yang terbaik.
"Keputusan bukan di tangan saya, tugas saya adalah menghasilkan keputusan yang bagus untuk KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN)," kata atlet itu lagi.