Skip to main content

Hoki

Sukan Komanwel: Skuad hoki negara tarik diri

300417hokimalaysia1.jpg
Kontinjen Malaysia kehilangan prospek pingat Sukan Komanwel Birmingham Julai depan setelah skuad hoki negara mengambil keputusan untuk menarik diri dari saingan tersebut.

Perkara tersebut disahkan oleh pengurus skuad kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi, yang menjelaskan keputusan itu telah pun dinilai daripada semua aspek sebelum ia dimuktamadkan.

Ini bermakna tinggal 10 negara sahaja yang akan bertanding untuk saingan tersebut.

Di kem Malaysia, jadual yang rapat membabitkan Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou China september ini di samping tempoh kuarantin yang perlu dijalani oleh setiap pemain dan pegawai menjadi antara faktor keputusan tersebut dibuat.

Justeru, skuad hoki negara mengambil keputusan untuk menumpukan sahaja kepada Sukan Asia, memandangkan ia merupakan tiket untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Ironinya, ini merupakan kali kedua Malaysia tidak menyertai saingan hoki di Sukan Komanwel, setelah pada 2002, di Manchester, skuad lelaki juga tidak beraksi.
 

Advertisement

Must Watch Video