Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel: Norza puji semangat juang pemain negara butir emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaronwooyik2.jpg
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, menganggap kejayaan pertama badminton negara di Sukan Komanwel sebagai melunas dendam selepas Malaysia dinafikan penguasaan India dalam edisi lalu.

"Kekalahan Malaysia di Gold Coast merupakan antara barisan pemain senior. Kali ini, kami menurunkan barisan pemain yang muda yang sentiasa berusaha untuk memastikan kemenangan, menghadirkan semangat juang yang tinggi," kata Norza.

Norza yang juga merupakan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikan peringatan kejayaan pertama sewajarnya diraikan namun jangan terlalu lama kerana masih ada tugasan lain yang sedang menanti selepas ini.

"Saya percaya jika mereka mampu mengulangi persembahan ini, mereka mampu mengatasi mana-mana lawan," katanya lagi.

Sasaran satu pingat dari BAM tiba lebih awal di mana ia sebenarnya disandarkan dalam acara individu.

Apabila tekanan sudah terlerai, Norza mengharapkan pemain negara lebih santai dalam mengejar butiran emas peribadi walaupun langkah kanan semalam cukup untuk buat pihak lawan lebih berhati-hati dalam acara individu.

Advertisement

Must Watch Video