SUKAN LAIN
Sukan Komanwel: Nauraj kecewa kecederaan jadi penghalang di final
Nauraj Singh Randhawa, ternyata kecewa apabila terpaksa menamatkan saingan final lompat tinggi lelaki Sukan Komanwel 2022 di kedudukan terakhir akibat daripada kecederaan tumit yang dialaminya.
Atlet berusia 30 tahun itu hadir ke Birmingham dengan misi untuk meraih podium sekaligus mengatasi lompatan terbaiknya 2.30 meter yang dicatat pada Terbuka Singapura 2017.
Menerusi temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, di Stadium Alexandre, Nauraj turut memaklumkan dia terpaksa mengambil ubat tahan sakit sebelum turun beraksi di pentas final.
Iklan
Untuk rekod, ini merupakan penampilan ketiga Nauraj di Sukan Komanwel dan pencapaian terbaiknya ialah ketika edisi 2018 di mana dia menamatkan saingan di kedudukan ke-10 secara keseluruhan.
"Saya sangat kecewa dengan keputusan ini. Saya telah berlatih sebaik mungkin dan telah mengambil ubat penahan sakit untuk beraksi di sini," kata Nauraj.
"Saya telah menyasarkan podium dalam penampilan Sukan Komanwel kali ini. Prestasi ini cukup mengecewakan."
Must-Watch Video