SUKAN LAIN
Sukan Komanwel: Fairul dalam landasan buru pingat
Selepas Siti Zalina Ahmad meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan wanita Sukan Komanwel Birmingham, giliran Fairul Izwan tampil sebagai wakil negara dalam perseorangan lelaki.
Fairul turun selaku pemain pilihan dalam pertemuan menentang Semesa Naiseruvati dari Fiji itu selepas membenam Robert Simpson dari Jamaica dengan keputusan 21-4 semalam.
Bagaimanapun, permulaan kurang baik Fairul yang ketinggalan 2-5 selepas end yang ketiga. Ini memaksa Fairul untuk menukar strategi dari jarak dekat kepada jauh.
Iklan
Strategi itu tampak memberikan kesan positif apabila fairul berjaya melakukan satu forehand trail jack yang sempurna untuk menjarakkan diri mendahului 13-10 di pertengahan perlawanan.
Momentum itu diteruskan Fairul sehinggalah di end ke-22, di mana Fairul meraih mata yang ke-21 untuk menamatkan aksi dengan keputusan 21-14.
Kemenangan itu meletakkan Fairul gah mengungguli Kumpulan C dan hanya memerlukan satu lagi kemenangan daripada dua baki perlawanan untuk mengesahkan slot di suku akhir.
Must-Watch Video