Atlet para negara, Afiq Ali Hanafiah, gusar bertandang ke Birmingham tanpa jurulatih mahupun pembantu yang akan memantau persediaan akhirnya menjelang acaranya dalam Sukan Komanwel yang bermula dari 23-30 Julai ini.
Berlepas awal 10 hari sebelum acaranya, malangnya Afiq hanya berseorangan tanpa ditemani jurulatih mahupun 12 rakan-rakan kontinjen para negara memandangkan dia merupakan wakil tunggal dalam olahraga.
"Sukan Komanwel Birmingham agak sukar sebab saya kena berdikari, pergi solo tanpa pertolongan jurulatih.
"Saya pergi pun seorang, jadi wakil daripada MPM (Majlis Paralimpik Malaysia) yang akan menguruskan saya di sana.
"Sepanjang di Birmingham kelak, agak lama sebelum acara saya bermula.
"Latihan semuanya perlu diaturkan sendiri sebelum saya menghubungi jurulatih.
"Saya boleh buat persiapan bersendirian sebab kami pun dah bertaraf profesional, saya anggapnya sebagai cabaran," katanya di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. , " kata pelari 100 meter T20.
Dia mengakhiri penantian 16 tahun negara dalam Sukan Komanwel ketika menggondol pingat gangsa di Gold Coast, empat tahun lalu, dengan larian 11.28 saat.
Jika sebelum ini pencabar Afiq hanya melibatkan dua peserta dari Afrika Selatan, namun dia perlu bersedia dengan tentangan baru menerusi kelibat pelari England. sekali gus meletakkan namanya di pilihan keempat -- merujuk kepada ranking terbaru Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).
"Slot olahraga untuk negara hanya satu dan saya terplilih disebabkan saya merupakan pemenang pingat dalam Sukan Komanwel Gold Coast," katanya lagi.