BOLING PADANG
Sukan Komanwel 2026: Farah Ain gesa boling padang masuk dalam program podium
Hanya 10 jenis sukan akan dipertandingkan dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas negara penganjur, Scotland, mengesahkan perkara itu menjelang temasya yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026.
Selain hoki, temasya berskala kecil itu turut memansuhkan acara terjun, badminton, bola tampar pantai, kriket, berbasikal lebuh raya dan berbasikal bukit.
Di sebalik kekecawaan tersebut, sukan boling padang akan mengisi slot ke kejohanan itu seterusnya menjadi acara tumpuan buat kontinjen negara.
Iklan
Boling padang dilihat memiliki prospek cerah bagi membutikan kilauan pingat emas buat kem negara kerana mempunyai lapisan pemain yang berpengalaman.
"Tiada program latihan sebaliknya kami harus menggunakan wang sendiri untuk berlatih jadi saya menitik-beratkan perkara tersebut untuk memasukkan semula sukan boling padang dalam program podium oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
"Apabila kami mengetahui bahawa sukan ini akan dipertandingkan, sudah pasti sasaran utama kami untuk menuai pingat emas tidak pasti dalam kategori atau acara apa.
"Kami berharap masukkan boling padang dalam program podium dahulu supaya kami dapat mengekalkan persembahan terbaik kami," luah atlet boling padang kebangsaan, Nor Farah Ain.
Must-Watch Video