Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Dunia: Nicol mulakan kempen di Poland

nicol-david-130717_1.jpg
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, kekal positif di sebalik persembahan turun naik ketika ini dalam persediaan menghadapi Sukan Dunia di Poland, hujung bulan ini. 

Temasya Sukan Dunia menampilkan acara yang tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. 

Ia tidak asing lagi buat Nicol kerana pernah memenanginya sebanyak tiga kali, iaitu pada 2005 di Duisburg, 2009 di Kaohsiung serta empat tahun lalu di Colombia. 

Selain Sukan Dunia, Nicol juga akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Beregu Dunia di Mancheste, bulan depan, di mana dia bakal bergandingan dengan Rachel Arnold. 

Dua kejohanan itu menjadi medan pemanas badan terbaik buat Nicol untuk mengharungi musim baru saingan Jelajah PSA. 

Aksi kompetitif terakhir atlet kelahiran Pulau Pinang itu adalah dalam pusingan akhir Siri Dunia di Dubai, bulan lalu, yang menyaksikan dia gagal meraih sebarang kemenangan dalam tiga aksi peringkat kumpulan. 

"Saya akan ke sana (Poland) selaku pilihan kedua kejohanan. Tiada apa yang dipertaruhkan tetapi saya akan ke sana dengan memulakan saingan dengan hebat dan beraksi baik sejak dari awal lagi sebelum melihat sejauh mana kemaraan saya. 

"Ini merupakan aksi pemanas badan sebelum kempen musim baru bermula pada September depan. 

"Kejohanan pertama saya adalah dalam Terbuka China di Shanghai," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Transformasi Kepimpinan Sukan Anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sports Warrior Global di Serdang, hari ini. 

Pelancaran itu disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh. 

"Sukan mampu membina kepimpinan sejati, nilai dan bagaimana untuk kita gunakan dalam pembelajaran di tahap universiti dan juga apabila mereka berkecimpung dalam bidang karier pada masa akan datang serta menjadi masyarakat yang lebih baik."


 

Advertisement

Must Watch Video