Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia: Zaidatul cetus harapan raih pingat

zaidatul.jpg
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, hanya selangkah lagi untuk menamatkan kemarau 12 tahun pingat dalam acara olahraga Sukan Asia selepas melakukan catatan peribadi terbaik 11.59 saat ketika kem latihan di Jerman.

Catatan 11.59 saat itu bermakna Zaidatul kini menghuni tangga keempat berdasarkan pencapaian 100 meter wanita Sukan Asia di Incheon, empat tahun lalu.

Pelari kelahiran Pulau Pinang itu mempunyai tempoh dua minggu untuk membuat persiapan akhir di Malaysia, sebelum menyertai skuad olahraga seramai 12 atlet berlepas ke Jakarta.

Ketika ini, dia merupakan antara prospek pingat selain Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Nauraj Singh dan Lee Hup Wei (lompat tinggi) dan Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang).

"Buat masa sekarang, keadaan saya baik dan tiada kecederaan. Saya cuma perlu kekal konsisten.
 
"Ia sukar tetapi saya akan cuba sambil dalam masa sama saya tidak mahu memikirkan tentang mencipta rekod baru kerana ia akan membebankan. Lebih baik fokus kepada latihan dan lakukan yang terbaik di Jakarta nanti," katanya.

Advertisement

Must Watch Video